Assalamualaikum warahmatullah, selamat datang kami ucapkan kepada semua para pengunjung laman web rasmi Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia PEYATIM yang dibawakan khas untuk memaparkan info dan maklumat terkini tentang pelbagai aspek dan aktiviti PEYATIM. Laman Web Peyatim membolehkan para pengunjung berinteraksi secara online dan mengetahui fungsi dan tanggungjawab PEYATIM, sekiranya anda mempunyai bahan ilmiah yang bersesuaian dengan keperluan dan manfaat bersama sila hubungi kami di adminpeyatim@gmail.com atau hubungi kami di
Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM)
No.37, Jalan Nirwana 39, Taman Nirwana, 68000 Ampang,
Selangor D.E.
Tel: 03-9286 1992 Fax: 03-9286 4872.
Sejarah PEYATIM
Untuk Makluman Pengunjung, PEYATIM merupakan sebuah badan kebajikan yang ditubuhkan pada 10 september 1989. PEYATIM bertindak sebagai badan penyelaras kepada 50 Pertubuhan-Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak dalam memberikan pendidikan kepada seramai lebih kurang 4000 anak yatim dan miskin.
Segala urusan PEYATIM dijalankan di Ibu Pejabatnya di WISMA PEYATIM, sebuah bangunan tiga tingkat hak milik penuh PEYATIM yang mana di sumbangkan oleh Pesama Timber Sdn. Bhd. Pejabat ini telah beroperasi sejak awal 1996 dan pengurusan dijalankan oleh PEYATIM Holdings Sdn. Bhd
Selamat Datang Ke PEYATIM Anda Pengunjung ke....






