Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum WRT dan Salam Sejahtera kepada semua ahli gabungan PEYATIM dan khalayak.
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan inayahNya maka kita sama-sama berada di bulan penuh berkat dan dengan kekuatan jasmani dan rohani dapat menunaikan amalan puasa dan menghidupkan bulan ini dengan amal ibadat yang dijanjikan ganjaran yang berlipat ganda.
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada jabatan kerajaan, swasta, NGO dan individu serta semua pihak yang menghulurkan bantuan dan pertolongan dalam berbagai bentuk untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh pengendali-pengendali rumah-rumah anak yatim seluruh negara.
Adalah diharap semoga bantuan dan sokongan ini diteruskan selepas Ramadan dengan membantu PEYATIM dalam program pembangunan jangka panjang. PEYATIM sedang berusaha menaiktaraf Kolej Teknologi Bestari (KTB) di Setiu, Terengganu ke Universiti Kolej Bestari Malaysia UKBM berkonsepkan waqaf.
Untuk pengetahuan khalayak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu ( MAIDAM) telah meluluskan untuk penjualan tapaK KTB seluas 320 ekar dengan kadar RM30.00 bagi 1/10 meter persegi (RM30.00 sekaki persegi) untuk diwaqafkan.
Semoga Allah memberi ganjaran di atas apa sahaja bentuk sumbangan ikhlas demi kesejahteraan anak-anak yatim/miskin di saat di mana semua anak-anak bergembira di samping orang-orang yang disayangi.
Selamat menyambut Aidil Fitri Maaf Zahir Batin.
Sekian wassalam
HAJI MUHAMMAD BIN DERAMAN
Setiausaha Agung
PEYATIM
1 September 2009.
