info Korporat
|
[ INFO KORPORAT ] Sudut RenunganDan orang-orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat, menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan. Orang-orang itulah yang mendapat kesudahan yang baik. (Ar-Ra'd: ayat 22).
KALENDAR
| Laman Utama >> Info Korporat Info Korporat Latar Belakang sejarah Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia merupakan sebuah badan kebajikan yang di tubuhkan pada 10 September 1989. PEYATIM bertindak sebagai badan penyelaras kepada 49 Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim di seluruh Malaysisa termasuk Sabah dan Sarawak dalam memberikan pendidikan kepada seramai lebih kurang 4000 anak yatim . Falsafah Badan Amal Sukarela yang memberi khidmat kebajikan kepada anak-anak yatim yang tinggal di asrama ahli gabungan dan juga kepada yang memerlukan. Objektif Penubuhan Sebagai badan induk yang menggabungkan Pertubuhan serta Asrama anak-anak yatim yang berdaftar di Malaysia untuk mempertingkatkan kegiatan masing-masing Mewakili ahli-ahli dalam hal-hal kebajikan anak yatim dan memberi khidmat nasihat dan kemudahan serta pertolongan kepada ahli. Membantu dalam urusan pentadbiran asrama dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKMM) Bertindak sebagai pusat rujukan mengenai hal ehwal anak yatim dan menjaga kepentingan ahli gabungan dalam semua urusan yang berkaitan dengan anak yatim Bertindak sebagai 'Linkage' kepada agensi kerajaan yang berurusan dengan badan bukan kerajaan (NGO) Wawasan PEYATIM Meningkatkan taraf pendidikan anak-anak yatim ke Kolej atau Institut pengajian Tinggi Membina dan memperluaskan pusat-pusat teknologi dan IT bagi melahirkan pelajar yang berpengetahuan tinggi serta celik IT. Menambahkan ahli-ahli profesional dan tenaga mahir di kalangan anak-anak yatim dan miskin serta kaum di Malaysia.
|
Copyright © 2007 All Rights Reserved
Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM)


