Bicara Presiden


 

BICARA PRESIDEN PEYATIM

 

Assalammualaikum w.r.t.h dan salam sejahtera

Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) atas usaha dan kejayaan menghasilkan laman web ini sebagai sumber rujukan utama Ilmu. Kejayaan ini dilihat selari dengan kemajuan dan perkembangan teknologi maklumat (information technology) yang semakin global pada hari ini.

Kemunculan teknologi ini telah memungkinkan capaian maklumat yang lebih pantas dan cepat serta meningkatkan hubungan komunikasi walau dimana sahaja kita berada, pada bila-bila masa. Penggunaannya yang semakin meluas dalam dunia yang tanpa sempadan ini wajar dimanfaatkan oleh kita sebaik mungkin.

 Tumpuan PEYATIM, adalah meningkatkan tahap kebajikan anak-anak yatim, khususnya dalam bidang ilmu. Kolej Teknologi Bestari(KTB) dan juga Institut Kemahiran Bestari (ITB), anjuran PEYATIM merupakan dua institusi pengajian tinggi yang sanggup menerima anak-anak yatim dengan kelayakan paling minima, semata-mata membantu dan memberi peluang kepada anak-anak yang gagal melanjutkan pelajaran mereka ke institusi pengajian tinggi awam tempatan dan mempunyai kecenderungan dalam bidang kemahiran. Insyaallah dengan kemudahan-kemudahan yang ada, hasrat PEYATIM untuk melahirkan ahli-ahli profesional di kalangan anak yatim akan menjadi kenyataan. Alhamdulillah setakat ini KTB telah dapat melahirkan graduan-graduan yang berjaya dalam berbagai bidang pengkususan.

 Matlamat PEYATIM ialah untuk memperkenalkan KTB bukan sahaja di kalangan anak yatim dan miskin serta masyarakt setempat, tetapi kita mahu menjadikan KTB setanding dengan pusat pengajian tinggi awam peringkat profesional dan antarabangsa. Selaras dengan cogankata” Kebajikan Anak Yatim Tanggungjawab Bersama” PEYATIM benar-benar minitikberatkan kebajikan anak yatim, khususnya dalam bidang pendidikan. Oleh itu, PEYATIM berharap setiap pertubuhan anak yatim di Malaysia bergabung dengan kita. Dengan penggabungan ini kelak, maka pertubuhan ini akan lebih mantap dan pelbagai aktiviti dapat kita laksanakan dengan lebih terancang dan berkesan.

 

Akhir sekali PEYATIM berharap agar kita sama-sama meneruskan usaha murni kita menjaga kebajikan anak-anak yatim. Janganlah kita mengambil sikap sambil lewa dan melepaskan tanggungjawab. Amanah Allah yang kita pikul hendaklah kita laksanakan sebaik mungkin dengan hati yang bersih dan ikhlas. Insya-Allah ianya akan mendapat balasan setimpal di akhirat kelak.

 

Selamat melayari laman web PEYATIM

 

(DATO’ DR.TENGKU MAHMUD B.MANSOR)

Presiden,

Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia

PEYATIM

<< Kembali >>