KEBAJIKAN ANAK YATIM TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Negeri Kedah Darul Aman telah dipilih sebagai Tuan Rumah SUKYA Ke VI – 2008 yang telah diadakan dengan jayanya dari 30 November hingga 4 Disember, 2008 bertempat di Kampus Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah Darul Aman. Majlis Perasmian Pembukaan SUKYA Ke VI – 2008 telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’Adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah di Stadium Universiti Utara Malaysia pada 1 Disember 2008, dengan persembahan bunga api. Turut berangkat bersama ke Majlis Perqasmian Pembukaan SUKYA tersebut adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Hajjah Haminah binti Hamidun.
Majlis Perasmian Penutupan SUKYA telah dilakukan oleh YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan bin Abdul Razak, Menteri Besar Kedah Darul Aman pada 3 Disember 2008 bertempat di Dewan MAS. Majlis penyampaian Hadiah-Hadiah kepada Pemenang-pemenang serta penyerahan Bendera SUKYA kepada Tuan Rumah SUKYA ke VII – 2010, iaitu Negeri Terengganu Darul Naim telah juga disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Kedah Darul Aman di majlis yang sama.
Negeri-negeri yang telah mengambil bahagian serta bilangan peserta dan penyokong adalah seperti berikut:
|
Bil |
Negeri |
Ketua Kontinjen |
L |
P |
Jumlah |
|
1. |
Pulau Pinang |
Encik Ahmad Azhari bin Hamzah |
54 |
44 |
98 |
|
2. |
Kedah |
Tuan Haji Abdullah bin Ahmad |
190 |
80 |
170 |
|
3. |
Perlis |
YBhg. Dato’ Haji Mohd Zain b. Hamzah |
30 |
28 |
58 |
|
4. |
Perak |
Tuan Haji Anwar bin Meor Hamzah |
142 |
38 |
180 |
|
5. |
Sabah |
Cik Shazlina binti Abdul Rashid |
29 |
16 |
45 |
|
6. |
Negeri Sembilan |
Encik Omar bin Haji Abu Bakar |
102 |
82 |
184 |
|
7. |
Kelantan |
En. Mohamed Rezemi bin MohamedYusoff |
36 |
48 |
84 |
|
8. |
Melaka |
Tuan Haji Ibrahim bin Haji Abdul Hamid |
103 |
109 |
212 |
|
9. |
Johor |
Tuan Haji Mohd. Barkawi Haji Hasbullah |
105 |
91 |
196 |
|
10 |
Terengganu |
En. Mohd. Syukri bin Mamat @ Mat Yasin |
203 |
207 |
410 |
|
1. |
Selangor |
Tuan Haji Kamain bin Abd. Samad |
12 |
9 |
21 |
|
JUMLAH KESELURUHAN |
1006 |
752 |
1758 |
||
ACARA-ACARA YANG TELAH DIADAKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
1) (a) Bolasepak 7 Sebelah (Sekolah Menengah) Lelaki
(b) Bolasepak 7 Sebelah (Sekolah Rendah) Lelaki
2) (a) Badminton Berpasukan Lelaki / Perempuan
(b) Badminton Individu Lelaki / Perempuan
3) (a) Ping Pong Berpasukan Lelaki / Perempuan
(b) Ping Pong Individu Lelaki / Perempuan
4) (a) Sepak Takraw Berpasukan Lelaki / Perempuan
(b) Sepak Takraw Bergu Lelaki / Perempuan
5) (a) Bola Jaring Perempuan
6) (a) Bola Tampar Lelaki
7) (a) Tarik Tali (Sekolah Menengah) Lelaki
(b) Tarik Tali (Sekolah Rendah) Lelaki
(c) Tarik Tali (Sekolah Menengah) Perempuan
(d) Tarik Tali (Sekolah Rendah) Perempuan
8) (a) Karom Lelaki / Perempuan
9) (a) Dam Lelaki / Perempuan
10) (a) Congkak Perempuan
KEPUTUSAN SUKYA KE VI – 2008 KEDAH DARUL AMAN.
Keputusan-keputusan pelbagai permainan adalah seperti berikut:-
ACARA JOHAN NEGERI
a) Bola Sepak Terengganu
b) Bola Jaring Negeri Sembilan
c) Bola Tampar Perlis
d) Sepak Takraw Melaka
e) Badminton Sabah
f) Ping Pong Perlis
g) Congkak Terengganu
h) Dam Perlis
i) Karom Melaka
j) Tarik Tali Pulau Pinang
k) Olahraga Melaka
Olahragawan (Sekolah Menengah)
Jazlan bin Yahya - Negeri Sembilan
Olahragawati (Sekolah Menengah)
Nooriswani binti Mohamad - Negeri Johor
Olahragawan (Sekolah Rendah)
Mohd. Shafiq - Negeri Kedah
Olahragawati (Sekolah Rendah)
Ummu Salmy binti Abdullah - Negeri Melaka
JOHAN KESELURUHAN – NEGERI JOHOR
SEKITAR SUKYA KE VI 2008
Temasya SUKYA kali yang ke VI di Universiti Utara Malaysia Sintok, Kedah ini telah berlangsung dengan jaya dan penuh gemilang. Jumpa lagi pada SUKYA 2010 di Negeri Terengganu Darul Iman.






